PENDAFTARAN MURID TAHUN SATU 2022/2023

Khamis, 11 Oktober 2012

Perkhemahan Badan Berunifom SKPT 2012

      Perkhemahan badan beruniform telah berjalan dengan jayanya dengan kerjasama yang diberikan oleh semua pihak. Perkhemahan badan uniform telah dijalankan pada 6-7 Okt 2012 bertempat SK Padang Temu. Perkhemahan ini bertujuan memberi pendedahan kepada murid-murid kepentingan sifat kerjasama antara kumpulan dan banyak lagi kebaikan yang dapat dipelajari oleh murid-murid melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Berikut beberapa gambar yang diambil sepanjang program perkhemahan.


 Murid-murid berkumpul selepas pendaftaran


 Guru memberi tunjuk ajar semasa pemasangan khemah


Murid-murid bekerjasama dalam mendirikan khemah 


Antara aktiviti yang dijalankan semasa perkhemahan

Diharap aktiviti yang dijalankan semasa perkhemahan dapat dimafaatkan oleh murid-murid. Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada semua warga sekolah yang telah menjayakan perkhemahan ini.