PENDAFTARAN MURID TAHUN SATU 2022/2023

Sabtu, 20 Oktober 2012

LATIHAN KEBAKARAN 2012

     Latihan Kebakaran dan Kecemasan kali kedua telah diadakan dengan jayanya pada 16 Oktober 2012 yang lalu. Program kali ini telah mendapat kerjasama yang baik daripada pihak Bomba dan Penyelamat Balai Bomba Jalan Kubu. Latihan ini bertujuan memberi pendedahan kepada warga sekolah berkaitan dengan langkah-langkah keselamatan jika berlakunya kebakaran.
Taklimat daripada pihak bomba

   Loceng kecemasan telah dibunyikan pada tepat pukul 10.20 pagi menandakan program ini bermula. Semua warga sekolah bergerak ke dataran sekolah untuk  berkumpul dan memastikan semua selamat. Guru kelas telah memastikan bilangan murid mencukupi bilangannya. Seterusnya pihak bomba telah memberi taklimat ringkas kepada warga sekolah berkaitan kebakaran dan kecemasan ini.

Warga sekolah berkumpul di dataran sekolah

     Sejurus kemudian, sesi latihan pemadam api  dengan kerjasama guru dan pihak bomba telah dijalankan dengan menunjukkan cara-cara yang betul kepada murid-murid. Bebarapa orang guru dan murid telah mengambil bahagian dalam sesi ini.Program ini diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada pihak bomba yang banyak membantu menjayakan program ini dijalankan.

Latihan memadam api yang ditunjukkan oleh pihak bomba
 
Wakil pihak staf sekolah mencuba memadam api
 
Wakil dari murid memadam api
 
Cendehati daripada pihak bomba kepada pihak sekolah

Cenderhati daripada pihak sekolah kepada pihak bomba
    
      Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak bomba kerana memberi kerjasama yang terbaik sepanjang program ini berlangsung. Semoga program akan dapat diteruskan pada tahun hadapan dengan pelbagai aktiviti yang lebih menarik lagi. Sekian.