PENDAFTARAN MURID TAHUN SATU 2022/2023

Isnin, 20 Januari 2020

MAJLIS PENUTUP TRANSISI DARJAH SATU DAN GURU PENYAYANG

Pada 20 Januari 2020 (Isnin) yang lalu, Majlis Penutup transisi Darjah 1 dan guru penyayang telah dijalankan. Majlis ini berlangsung dengan jayanya bermula pada pukul 8.00 pagi di Dewan Bakti SKPT. Majlis ini merupakan acara kemuncak kepada Program Transisi Tahun 1 yang berlangsung sejak awal persekolahan 2020.Program Transisi ini adalah satu usaha inisiatif sekolah bagi mempersiapkan murid-murid tahun 1 serta membiasakan diri dengan aktiviti harian dan juga persekitaran sekolah.