PENDAFTARAN MURID TAHUN SATU 2022/2023

Selasa, 15 November 2016

KEM MENGILAP TUNAS HARAPAN SKPT 2017




SK Padang Temu telah menganjurkan satu KEM Mengilap Tunas Harapan di Taman Ekstrem Tasik Chinchin  bermula 10 November 2016 sehingga 12 November 2016. Kem ini melibatkan murid-murid tahun 5 yang diwajipkan untuk hadir.  Ucapan alu-aluan daripada Guru Besar Pn Rusnah binti Ismail  kepada murid-murid memberikan semangat serta kata-kata bernas dalam menjayakan aktivi sepanjang program. Kem ini telah dirasmikan oleh Tuan Abdul Halim bin Abdul Malik Pegawai Pendidikan Daerah Melaka Tengah.
Pelbagai aktiviti dilaksanakan dalam kem motivasi ini bagi tujuan mempertingkatkan prestasi murid-murid yang bakal menduduki peperiksaan UPSR pada tahun hadapan. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah taklimat menghadapi peperiksaan dan cara menjawap soalan. Program juga diselitkan dengan pelbagai aktiviti riadah dan tazkirah keagamaan  untuk menambahkan jati diri dalam diri pelajar.