Pada 3 November 2016 Khamis , SK Padang Temu telah mengadakan Kejohanan Balapan dan Padang, Sukan Tahunan Sekolah 2016 yang bermula pada pukul 2.00 petang. Majlis ini telah dirasmikan oleh En Akramudin bin Hj Aziz , Timbalan Presiden Sepak Takraw Malaysia, AJK UMNO Bhg Kota merangkap Ketua Biro Pendidikan UMNO Kota Melaka dengan diiringi oleh Guru Besar SKPT, Pn Rusnah binti Ismail. Tujuan hari sukan ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat murid dalam bidang sukan dan juga salah satu aktiviti tahunan sekolah. Semua murid, guru-guru sekolah serta ibu bapa dan penjaga murid hadir untuk menyertai hari sukan tersebut.
Murid-murid di bahagikan kepada 4 buah rumah yang di beri nama rumah Hijau (PAHLAWAN), rumah Merah ( PANGLIMA ), rumah Kuning(LAKSAMANA) dan rumah Biru( HULUBALANG) yang ditempatkan di khemah masing-masing. Acara dimulakan dengan Persembahan Pembukaan daripada murid-murid SK Padang Temu. Pelbagai acara sukan diadakan seperti lompat tinggi, lompat
jauh, lumba lari, larian berganti-ganti dan sebagainya. Pihak sekolah juga menjemput murid-murid yang di pilih dari sekolah jemputan iaitu SK Ayer Molek dan SK Telok Mas bagi acara balapan. Tidak ketinggalan juga acara sukaneka untuk ibubapa dan penjaga secara berpasangan, guru-guru dan pegawai sekolah juga turut serta dalam acara sukaneka bagi memeriahkan lagi karnival sukan ini.
Acara tarik tali menjadi acara kemuncak hari sukan iaitu persaingan antara Rumah Kuning (LAKSAMANA) dan Rumah Merah( PANGLIMA). Para penonton bersorak untuk memberi sokongan kepada peserta pasukan masing-masing sehingga suasana di padang riuh-rendah dan meriah. Walau bagaimanapun Rumah Hijau(PAHLAWAN) telah muncul sebagai JUARA dengan kutipan mata keseluruhan sebanyak 900. Muhammad Amirul Hakimi bin Hairul Izuan terpilih sebagai olahragawan manakala Nur Fatin Aqilah bt Gimi dipilih sebagai olahragawati. Guru Besar menyampaikan piala kepada para pemenang. Beliau mengucapkan tahniah kepada murid yang berjaya dan menasihati murid yang tidak berjaya supaya tidak berputus asa dan boleh mengasah lagi bakat untuk tahun hadapan