PENDAFTARAN MURID TAHUN SATU 2022/2023

Isnin, 29 Januari 2018

Majlis Pelancaran Program Guru Penyayang Peringkat Sekolah 2018

Tarikh   : 29 Januari 2018
Masa   : 7.30 pagi
Tempat : Dewan SK Padang Temu

ATURCARA MAJLIS :
7.40 pagi :  Perhimpunan Rasmi Sekolah
8.00 pagi :  Ucapan Pengacara Majlis
  • Bacaan Doa 
  • Ucapan Aluan Guru Besar
  • Ucapan Perasmian oleh  En. Muhammad bin Harun , Ketua Unit Prasekolah Akademik
  • Penyerahan Mentor Mentee
  • Acara Memotong Kek 

9.00 pagi :  Majlis bersurai

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari Puan Rusnah Ismail. Dalam ucapan beliau, program guru penyayang ini bertujuan untuk meningkatkan Sifat Kepedulian (concerned) guru terhadap muridnya dengan cara mengamalkan kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling hormat-menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar,






Majlis diserikan lagi oleh ucapan perasmian dari Pegawai JPN Melaka,  En Muhammad bin  Harun, Ketua Unit Prasekolah Akademik, beliau  berharap  pelancaran program ini dapat menyuburkan rasa cinta dan kasih sayang di seluruh warga SKPT, Disamping itu juga dapat menguatkan semangat perpaduan dan silaturrahim  sesama warga sekolah dan sekaligus menjana suasana pembelajaran dan pengajaran yang kondusif di sekolah.

Penyerahan Mentor Mentee