PENDAFTARAN MURID TAHUN SATU 2022/2023

Selasa, 21 Januari 2020

KEJOHANAN MERENTAS DESA SKPT 2020


Kejohanan merentas desa skpt berlangsung pada hari Selasa, 21 Januari 2020 dari jam 8.00 pagi  hingga ke 10.30 pagi.

Pada pukul 7.40 pagi guru-guru mengambil kehadiran murid dahulu. Murid2 tahap 1 ditempatkan di dewan selepas aktiviti senamrobik untuk program mewarna. Murid-murid dilepaskan oleh Pengerusi PIBG sekolah iaitu Encik Mohd Arif bin Mohd Kassim. Selepas kejohanan berakhir PDP berjalan seperti biasa,  Aktiviti  KOKU  pada waktu petang berjalan  seperti biasa, murid  berada di surau untuk program ceramah oleh ustz Mohd Azmi.

Ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua guru dan kakitangan kerana bersama-sama menjayakan acara merentas desa peringkat sekolah pagi ni. Terima kasih atas kerjasama semua.

















Isnin, 20 Januari 2020

MAJLIS PENUTUP TRANSISI DARJAH SATU DAN GURU PENYAYANG

Pada 20 Januari 2020 (Isnin) yang lalu, Majlis Penutup transisi Darjah 1 dan guru penyayang telah dijalankan. Majlis ini berlangsung dengan jayanya bermula pada pukul 8.00 pagi di Dewan Bakti SKPT. Majlis ini merupakan acara kemuncak kepada Program Transisi Tahun 1 yang berlangsung sejak awal persekolahan 2020.Program Transisi ini adalah satu usaha inisiatif sekolah bagi mempersiapkan murid-murid tahun 1 serta membiasakan diri dengan aktiviti harian dan juga persekitaran sekolah.

Sabtu, 11 Januari 2020

Ceramah Motivasi Keibubapaan dan Aku Janji UPSR SKPT 2020

Ceramah Motivasi Keibubapaan Dan AkuJanji UPSR 2020 telah diadakan pada

10 Januari 2020
Jumaat
Dewan Bakti SKPT
8.00 - 10.00 mlm

Penceramah  oleh  Ustazah Rozita binti Abd  Hamid. Alhamdulillah, program telah berjalan dengan  lancar. Sambutan daripada ibubapa dan murid sangat menggalakkn...

Khamis, 2 Januari 2020

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN TAHUN 2020


Sessi persekolahan  bermula pada Khamis, 2 Januari 2020. Dihadiri oleh tetamu  kehormat iaitu ADUN Telok Mas iaitu YB Nor Effendi bin  Ahmad, Pengarah Jabatan Pendidikan Melaka, Dr Mohd Azam bin Ahmad, diiringi oleh pegawai-pegawai dari PPD Melaka Tengah, juga wartawan dari pihak media.